SELAMAT DATANG KE BLOG SK KAMPONG TENGAH KUALA TERENGGANU

Wednesday, October 19, 2011

Ceramah Pergigian

Pada 18hb Oktober yang lalu pihak sekolah telah mengadakan ceramah pergigian yang berlangsung di Dewan sekolah. Ianya melibatkan semua murid. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Azzyty dari klinik pergigian Manir.

Perkhemahan unit beruniform 2011

Pada 13 hingga 15 Oktober yang lalu telah berlangsung Perkhemahan unit beruniform tahun 6 bagi tahun 2011. Program ini merupakan acara tahunan yang melibatkan murid-murid tahun 6. Peserta adalah terdiri daripada murid-murid dari unit Pengakap, Puteri Islam. Tunas Puteri, Tunas Kadet Remaja dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Program ini dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu iaitu Encik       . Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada murid tentang cara-cara berkhemah, memasak dan segala berkaitan tentang jati diri dan berdikari.

Tuesday, August 16, 2011

Peperiksaan OTI 4



Bermula pada 14 hingga 16 Ogos telah berlangsung Peperiksaan OTI 4. Peperiksaan ini melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6.


Monday, August 15, 2011

Program Ihya' Ramadhan

                Sempena bulan Ramadhan pihak sekolah telah mengadakan Majlis Tadarrus Al quran. Semua murid bermula dari tahun 1 hingga 6 semuanya terlibat. Tahun 1 hingga 5 menjalankan Program ini di kelas masing-masing manakala tahun 6 di surau. Program ini dijalankan pada waktu pagi iaitu dari jam 7.30 hingga 7.50 setiap pagi.

Solat Hajat dan Sambutan Ramadhan

            Pada 28 Julai yang lalu Majlis Solat Hajat kali kedua telah diadakan di surau sekolah. Majlis bermula jam 5.30 ptg dimana guru besar memberi taklimat kepada ibubapa murid tahun enam. Seterusnya ibubapa dan hadirin menikmati jamuan, sembahyang maghrib,Solat hajat, bacaan Yaasin dan seterusnya sembahyang Isyak berjemaah. Majlis bersurai kira-kira jam 9.00 malam.

        Bersempena Majlis ini Yang dipertua PIBG, Tuan Haji Mastura bin Haji Mohamad telah bermurah hati menyumbang seekor lembu untuk jamuan. Daging lembu ini disediakan secara bergotong royong oleh guru-guru. Majlis ini juga diadakan sekali dengan sambutan Ramadhan yang bakal menjelma.

Sunday, May 15, 2011

Karnival KPJ bersama Komuniti 2011







            Pada 12 Mei yang lalu telah berlangsung Karnival Kelab Pencegahan Jenayah bersama komuniti. Banyak agensi telah terlibat mengadakan pameran dan ceramah diantaranya ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Di raja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah, Lembaga Tabung Haji, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu dan Bank Muamalat. 
            Karnival berlangsung dengan meriah sekali dan telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli parlimen Daerah Kuala Nerus. Syabas dan tahniah kepada semua Ajk yang berjaya merealisasikan karnival tersebut.

Monday, April 25, 2011

Pertandingan Bola Tampar MSSMKTU 2011





Pada 25hb April 2011 telah berlangsung pertandingan bolatampar MSSMKTU yang bertempat di Sk. Bukit Tunggal. Pasukan Bolatampar SKKT telah melalui tiga perlawanan. Perlawanan pertama dengan SK. Bukit Guntong dan telah mengalami kekalahan 2 - 0. Perlawanan kedua dengan Sk. Komplek Gong Badak dengan kemenangan 2 - 0. Manakala perlawanan ketiga dengan Sk. Bukit Tunggal juga gagal dengan kekalahan 2 - 0. 

Apa pun tahniah dan syabas kepada semua pemain dan juga juru latih yang telah menunjukkan persembahan yang terbaik.

Sunday, April 17, 2011

Pertandingan pakaian beragam Pra sekolah 2011



Pada 14 April 2011 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Pakaian Beragam Pra Sekolah 2011. Program ini telah dirasmikan oleh Cik Shafawati bt. Harun dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Sunday, March 6, 2011

Sukan Olahraga Sekate kali ke 25 2011







, 
Pada 2Mac 2011 telah berlangsung Kejohanan Olahraga Sk. Kampong Tengah kali ke 25.

Sunday, February 20, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 30 2011


Pada 19hb Februari 2011 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30. Mesyuarat ini diadakan setiap tahun tetapi pemilihan Jawatankuasa diadakan setiap dua tahun sekali. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Datuk Haji Abdul Rahin b. Datuk Haji Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu.

Dalam pemilihan kali ini Tuan Haji Mastura bin Haji Mohamad telah dipilih untuk menerajui PIBG bagi sessi 2011/2012. Semoga PIBG Sk. Kampong Tengah akan terus  melangkah cemerlang dalam membantu pihak sekolah untuk kecemerlangan pendidikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...