SELAMAT DATANG KE BLOG SK KAMPONG TENGAH KUALA TERENGGANU

Monday, December 31, 2012

UCAPAN TUAN GURU BESAR SEMPENA PERSEKOLAHAN 2013


UCAPAN TUAN GURU BESAR 



Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Bersyukur kepada Allah kerana kita dilanjutkan usia untuk bersama-sama melangkah ke tahun baru 2013. Selamat kembali bertugas kepada semua warga pendidik dan selamat datang kepada rakan pendidik yang baru ke gerbang SKKT. Semoga pada tahun 2013 ini, kita dapat membina pasukan yang lebih jitu lagi bagi menjana dan menjayakan misi dan visi ke arah kecemerlangan sekolah ini dalam bidang kurikulum,hal ehwal murid dan kokurikulum.

Sebagai pendidik, kita perlu peka terhadap alam pendidikan yang semakin mencabar dan menguji tahap kecekapan dan profesionalisme keguruan dan memerlukan pengetahuan serta berkemahiran yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Banyak program serta transformasi pendidikan yang telah dilancarkan oleh kerajaan, termasuklah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, KSSR, 1M1S dan sebagainya yang perlu diambil tahu dan dimainkan peranan dengan lebih bertanggungjawab dan berkesan oleh semua pendidik di sekolah ini.

Yang pipih bukan datang melayang, yang bulat bukan datang bergolek. Oleh itu, kita haruslah berterusan berusaha untuk mencapai dan menggapai tujuan dan matlamat yang diimpikan.

Tahniah kepada semua guru SKKT atas pencapaian terbaik keputusan UPSR 2012 dengan memperolehi 46 calon mendapat 5A dengan GPS 2.21.

HAJI YUSOF BIN MUHAMMAD 


  

Friday, June 8, 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

       Seperti tahun-tahun yang lepas, Hari Guru disambut dengan meriah sekali di Sk. Kampong Tengah. Acara dimulakan dengan perhimpunan pagi dan ucapan-ucapan. Seterusnya solat hajat dan sunat dhuha di surau sekolah yang melibatkan semua guru.
       Acara seterusnya ialah perlawanan bola sepak antara murid-murid wakil sekolah dan guru-guru. Pada jam 11 pagi diadakan persembahan pentas. Pada tahun ini persembahan agak meriah kerana YDP PIBG turut hadir dan wakil dari PIBG pun turut sama membuat persembahan.
       Pada petangnya iaitu jam 3 petang pula diadakan jamuan sempena hari guru yang diadakan di Mumbai Cafe di Hotel Primula. Disana juga diadakan jamuan perpisahan kepada guru dan staff yang bertukar. Pada tahun lepas seorang guru iaitu Tuan Haji Hishamuddin Bahari yang bertukar ke Sk. Tanjung Gelam dan ketua kerani Encik Azhar yang bertukar ke Setiu.



Thursday, June 7, 2012

Lawatan dari PPD Sepang ( Benchmark Pra)

      Pada 30 April yang lalu seramai 50 orang Pegawai Pelajaran Daerah Sepang Selangor dan guru-guru Pra Daerah Sepang telah melawat Sk. Kampong Tengah. Tujuannya adalah untuk melawat Pra Sk.Kampong Tengah yang merupakan salah satu Benchmark Pra Negeri Terengganu.




Sunday, February 12, 2012

LAWATAN DARI JPN MELAKA KE SKKT ( BENCHMARK PRA)


Pada 31hb Oktober yanglalu SKKT telah dikunjungi oleh Pegawai dari Jabatan Pelajaran Melaka dan Guru-guru Pra. Lawatan ini adalah kerana Pra SKKT adalah merupakan Benchmark Pra bagi negeri Terengganu. Lawatan ini disertai seramai 40 orang pegawai dan guru-guru Pra negeri Melaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...