SELAMAT DATANG KE BLOG SK KAMPONG TENGAH KUALA TERENGGANU

Sunday, February 20, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 30 2011


Pada 19hb Februari 2011 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30. Mesyuarat ini diadakan setiap tahun tetapi pemilihan Jawatankuasa diadakan setiap dua tahun sekali. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Datuk Haji Abdul Rahin b. Datuk Haji Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu.

Dalam pemilihan kali ini Tuan Haji Mastura bin Haji Mohamad telah dipilih untuk menerajui PIBG bagi sessi 2011/2012. Semoga PIBG Sk. Kampong Tengah akan terus  melangkah cemerlang dalam membantu pihak sekolah untuk kecemerlangan pendidikan.


Friday, February 18, 2011

Sambutan Maulidurrasul Peringkat sekolah 1432h




Sambutan Maulidurrasul telah diadakan pada hari khamis iaitu 17hb Februari 2010. Murid2 seawal jam 7.45 pg telah berhimpun di tapak perhimpunan dan seterusnya mendengar ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar iaitu Tuan Haji Yusof bin Mohamad. Tepat jam 8.30 pagi perarakan bermula dengan diketuai oleh barisan pihak pentadbir, tahun 6, tahun 1,2,3,4 dan 5 dan diiringi oleh guru kelas masing-masing. Selesai perarakan murid-murid berehat dan seterusnya pada jam 10.30 pagi murid-murid tahap 1 bergegas ke surau untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz sa’adon awang. Manakala murid-murid tahap 2 ke dewan sekolah mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz. Setelah selesai pada jam 11.30 pagi murid2 tahap 1 dan 2 menjamu selera dikantin sekolah. Murid2 pulang pada jam 12.00 tghhari. Setelah murid-murid pulang semua guru pergi ke surau untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Khairul Azhar.

Monday, February 14, 2011

Sejarah Sk. Kampong Tengah, Kuala Terengganu

Sek. Kampong Tengah, Kuala Terengganu mula dibuka pada Mac 1953 hasil kombinasi dua buah sekolah kecil iaitu Sekolah Melayu Petai Bubus dan Sekolah Melayu Buloh Gading. Kedua-dua sekolah ini telah wujud sejak tahun 1948 lagi. Usaha mencantumkan kedua-dua buah sekolah ini yang mungkin merupakan sekolah cantuman pertama di Negeri Terengganu sendiri.
Atas Inisiatif yang tinggi kepada pendidikan, Allahyarham Tuan Baru bin tuan Embong iaitu ketua kampong Petai Bubus pada waktu itu telah menghadiahkan sebidang tanah miliknya bagi dijadikan tapak sekolah ini, yang mana sebelumnya dipenuhi dengan semak samun, pokok kemunting dan tembesu yang menjadi sarang haiwan berbisa.
Oleh sebab sekolah ini terletak di tengah-tengah sawah Kampung Petai Bubus dan ditengah-tengah kampong sekitarnya seperti Kampung Banggol Donas, Kampung Tanjung Sabtu, Kampung Buloh Gading, Kampung Paya Datu dan Kampong Banggol Tuan Muda, maka nama "Kampong Tengah" telah dipilih dan dipersetujui bersama. Nama Itu dicadangkan oleh Guru Pelawat ketika itu iaitu Allahyarham Engku Bijaya Wangsa Che Wan Abu Bakar Chik dan diterima baik oleh semua penduduk terlibat. Sejak hari itu maka lahirlah Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah hingga kini dan selamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...