Thursday, June 7, 2012
Sunday, February 12, 2012
LAWATAN DARI JPN MELAKA KE SKKT ( BENCHMARK PRA)
Pada 31hb Oktober yanglalu SKKT telah dikunjungi oleh Pegawai dari Jabatan Pelajaran Melaka dan Guru-guru Pra. Lawatan ini adalah kerana Pra SKKT adalah merupakan Benchmark Pra bagi negeri Terengganu. Lawatan ini disertai seramai 40 orang pegawai dan guru-guru Pra negeri Melaka.
Wednesday, October 19, 2011
Ceramah Pergigian
Pada 18hb Oktober yang lalu pihak sekolah telah mengadakan ceramah pergigian yang berlangsung di Dewan sekolah. Ianya melibatkan semua murid. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Azzyty dari klinik pergigian Manir.
Perkhemahan unit beruniform 2011
Pada 13 hingga 15 Oktober yang lalu telah berlangsung Perkhemahan unit beruniform tahun 6 bagi tahun 2011. Program ini merupakan acara tahunan yang melibatkan murid-murid tahun 6. Peserta adalah terdiri daripada murid-murid dari unit Pengakap, Puteri Islam. Tunas Puteri, Tunas Kadet Remaja dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Program ini dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu iaitu Encik . Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada murid tentang cara-cara berkhemah, memasak dan segala berkaitan tentang jati diri dan berdikari.
Tuesday, August 16, 2011
Peperiksaan OTI 4
Bermula pada 14 hingga 16 Ogos telah berlangsung Peperiksaan OTI 4. Peperiksaan ini melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6.
Monday, August 15, 2011
Program Ihya' Ramadhan
Sempena bulan Ramadhan pihak sekolah telah mengadakan Majlis Tadarrus Al quran. Semua murid bermula dari tahun 1 hingga 6 semuanya terlibat. Tahun 1 hingga 5 menjalankan Program ini di kelas masing-masing manakala tahun 6 di surau. Program ini dijalankan pada waktu pagi iaitu dari jam 7.30 hingga 7.50 setiap pagi.
Solat Hajat dan Sambutan Ramadhan
Pada 28 Julai yang lalu Majlis Solat Hajat kali kedua telah diadakan di surau sekolah. Majlis bermula jam 5.30 ptg dimana guru besar memberi taklimat kepada ibubapa murid tahun enam. Seterusnya ibubapa dan hadirin menikmati jamuan, sembahyang maghrib,Solat hajat, bacaan Yaasin dan seterusnya sembahyang Isyak berjemaah. Majlis bersurai kira-kira jam 9.00 malam.
Bersempena Majlis ini Yang dipertua PIBG, Tuan Haji Mastura bin Haji Mohamad telah bermurah hati menyumbang seekor lembu untuk jamuan. Daging lembu ini disediakan secara bergotong royong oleh guru-guru. Majlis ini juga diadakan sekali dengan sambutan Ramadhan yang bakal menjelma.
Subscribe to:
Posts (Atom)












