SELAMAT DATANG KE BLOG SK KAMPONG TENGAH KUALA TERENGGANU

Monday, February 14, 2011

Sejarah Sk. Kampong Tengah, Kuala Terengganu

Sek. Kampong Tengah, Kuala Terengganu mula dibuka pada Mac 1953 hasil kombinasi dua buah sekolah kecil iaitu Sekolah Melayu Petai Bubus dan Sekolah Melayu Buloh Gading. Kedua-dua sekolah ini telah wujud sejak tahun 1948 lagi. Usaha mencantumkan kedua-dua buah sekolah ini yang mungkin merupakan sekolah cantuman pertama di Negeri Terengganu sendiri.
Atas Inisiatif yang tinggi kepada pendidikan, Allahyarham Tuan Baru bin tuan Embong iaitu ketua kampong Petai Bubus pada waktu itu telah menghadiahkan sebidang tanah miliknya bagi dijadikan tapak sekolah ini, yang mana sebelumnya dipenuhi dengan semak samun, pokok kemunting dan tembesu yang menjadi sarang haiwan berbisa.
Oleh sebab sekolah ini terletak di tengah-tengah sawah Kampung Petai Bubus dan ditengah-tengah kampong sekitarnya seperti Kampung Banggol Donas, Kampung Tanjung Sabtu, Kampung Buloh Gading, Kampung Paya Datu dan Kampong Banggol Tuan Muda, maka nama "Kampong Tengah" telah dipilih dan dipersetujui bersama. Nama Itu dicadangkan oleh Guru Pelawat ketika itu iaitu Allahyarham Engku Bijaya Wangsa Che Wan Abu Bakar Chik dan diterima baik oleh semua penduduk terlibat. Sejak hari itu maka lahirlah Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah hingga kini dan selamanya.

2 comments:

  1. salam, saya nak bertanya..macamnmane saya ingin menjadi guru prasekolah di sekolah ini. apakah kelayakan yang perlu untuk saya penuhi..?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...