Monday, December 31, 2012

UCAPAN TUAN GURU BESAR SEMPENA PERSEKOLAHAN 2013


UCAPAN TUAN GURU BESAR 



Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Bersyukur kepada Allah kerana kita dilanjutkan usia untuk bersama-sama melangkah ke tahun baru 2013. Selamat kembali bertugas kepada semua warga pendidik dan selamat datang kepada rakan pendidik yang baru ke gerbang SKKT. Semoga pada tahun 2013 ini, kita dapat membina pasukan yang lebih jitu lagi bagi menjana dan menjayakan misi dan visi ke arah kecemerlangan sekolah ini dalam bidang kurikulum,hal ehwal murid dan kokurikulum.

Sebagai pendidik, kita perlu peka terhadap alam pendidikan yang semakin mencabar dan menguji tahap kecekapan dan profesionalisme keguruan dan memerlukan pengetahuan serta berkemahiran yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Banyak program serta transformasi pendidikan yang telah dilancarkan oleh kerajaan, termasuklah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, KSSR, 1M1S dan sebagainya yang perlu diambil tahu dan dimainkan peranan dengan lebih bertanggungjawab dan berkesan oleh semua pendidik di sekolah ini.

Yang pipih bukan datang melayang, yang bulat bukan datang bergolek. Oleh itu, kita haruslah berterusan berusaha untuk mencapai dan menggapai tujuan dan matlamat yang diimpikan.

Tahniah kepada semua guru SKKT atas pencapaian terbaik keputusan UPSR 2012 dengan memperolehi 46 calon mendapat 5A dengan GPS 2.21.

HAJI YUSOF BIN MUHAMMAD 


  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...