Tanggal 5hb Februari 2016 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG SK. Kampong Tengah bagi tahun 2016. Majlis Mesyuarat Agung kali ke ke 35 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia S.S Dato' Dr. Haji Zulkifli bin Haji Muda D.P.M.T. Mufti Negeri Terengganu. Turut hadir ialah Encik Mohd Shuhaimi dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, En. Che Mansor bin Salleh Pegawai Pembangunan Dun. Teluk Pasu, Encik Omar bin Adam, Pengarah ATRA, Encik Mazlan Tuan Penghulu serta Ibubapa.
Majlis ini bermula ppada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Pada Mesyuarat Agung ini juga turut diadakan pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2016/2017.
Tuesday, February 23, 2016
Wednesday, February 17, 2016
Gem Buster dari Pusat Kesihatan Kuala Terengganu
22 hb April 2015 yang lalu telah diadakan Pameran dan Ceramah Cara-cara menjaga kesihatan dan melawan kuman. Bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 ptg. Berbagai-bagai acara diadakan seperti Ceramah, Kuiz dan Pameran.
Sunday, November 8, 2015
PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PERPUSTAKAAN, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN PENGAWAS BUKU TEKS 2015
Pada 5 April 2015 telah diadakan Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Buku Teks. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Johari bin Abu Bakar Pengerusi TATI Production Sdn. Bhd merangkap Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu.
Thursday, November 5, 2015
Pelancaran Nilam dan Mentor Mentee
1 Mac 2015 telah diadakan Majlis Pelancaran Nilam dan juga Program Mentor Mentee. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Encik Salleh @ Mokhtar bin Ismail.
KEJOHANAN BOLAJARING MSSMKTU
Pada 25hb Februari 2015 telah berlangsung pertandingan Bola jaring MSSMKTU. Sk. Kampong Tengah telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah.
Wednesday, November 4, 2015
MAJLIS PERTUKARAN GURU
Patah Tumbuh Hilang Berganti itulah ungkapan yang selalu diucapkan apabila berlakunya pertukaran antara cikgu-cikgu. Perkara ini adalah rutin biasa bagi seorang yang bergelar guru.
Pada 11 Februari telah diadakan satu majlis pertukaran yang melibatkan 5 orang guru. Cikgu Masyitah yang bertukar ke SK.Sri Tembesu, Cikgu Siti Sarah yang bertukar balik ke Perlis, Cikgu Rasyid yang bertukar dengan kenaikan pangkat sebagai PK Ko di SK. Gemuruh, Cikgu Shahrul Amri bertukar sebagai PK Hem ke SK. Kesom dan Cikgu Amir yang bertukar sebagai PK KO ke SK. Bukit Bayas. Tahniah dan selamat bertugas di sekolah baru.
Majlis bermua jam 10.00 pagi dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar, Ucapan dari wakil guru yang bertukar dan acara bersalam salaman. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahari.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015
Pada 30 Januari telah diadakan majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah dengan kerjasama Pibg dan Agensi luar. Walaupun diadakan pada hari Jumaat namun kemeriahannya tetap dirasa. Murid2 berkumpul di sekolah seawal jam 7.30 pg. Diantara Agensi yang terlibat ialah ATRA, IPD Kuala Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu serta Pusat Pembangunan DUN dan PARLIMEN Kuala Nerus.
Majlis bermula jam 8.00 pagi dengan ucapan perasmian oleh Dato' Basir iaitu Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus. Jam 8.30 pagi murid - murid berarak dari Sekolah ke Masjid Buloh Gading. Di sana diadakan ceramah Maulidur Rasul oleh Dr. Abd. Halim bin Awang Pensyarah UNISZA. Majlis bersurai kira-kira jam 3.00 petang.

Majlis bermula jam 8.00 pagi dengan ucapan perasmian oleh Dato' Basir iaitu Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus. Jam 8.30 pagi murid - murid berarak dari Sekolah ke Masjid Buloh Gading. Di sana diadakan ceramah Maulidur Rasul oleh Dr. Abd. Halim bin Awang Pensyarah UNISZA. Majlis bersurai kira-kira jam 3.00 petang.

Sunday, January 13, 2013
i-THINK
Pada awal minggu persekolahan yang lalu iaitu pada 5 - 10 hb Januari telah diadakan pendedahan program i-THINK kepada guru dan semua murid-murid sekolah Kebangsaan Kampong Tengah. Empat orang guru yang telah di beri latihan sebagai pemandu iaitu En Khalid, En. Md. Jedi, Puan Zaifah dan Puan Rozila telah menyempurnakan pendedahan ini. Murid-murid begitu berminat dengan program ini dan ianya begitu membantu murid-murid menambahkan lagi kefahaman dalam pembelajaran mereka.
Thursday, January 3, 2013
JIN HWA MURID TAHUN SATU
Buat pertama kalinya Sk. Kampong Tengah mempunyai seorang murid non muslim. Walau bagaimanapun sekali imbas ianya sama seperti murid-murid lain.
MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2013
Pada 27,30 dan 31 Disember yang lalu telah berlangsung Mesyuarat guru, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan Pendaftaran murid. Ianya dihadiri oleh semua guru.
Monday, December 31, 2012
UCAPAN TUAN GURU BESAR SEMPENA PERSEKOLAHAN 2013
UCAPAN TUAN GURU BESAR
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Bersyukur kepada Allah kerana kita dilanjutkan usia untuk bersama-sama melangkah ke tahun baru 2013. Selamat kembali bertugas kepada semua warga pendidik dan selamat datang kepada rakan pendidik yang baru ke gerbang SKKT. Semoga pada tahun 2013 ini, kita dapat membina pasukan yang lebih jitu lagi bagi menjana dan menjayakan misi dan visi ke arah kecemerlangan sekolah ini dalam bidang kurikulum,hal ehwal murid dan kokurikulum.
Sebagai pendidik, kita perlu peka terhadap alam pendidikan yang semakin mencabar dan menguji tahap kecekapan dan profesionalisme keguruan dan memerlukan pengetahuan serta berkemahiran yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Banyak program serta transformasi pendidikan yang telah dilancarkan oleh kerajaan, termasuklah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, KSSR, 1M1S dan sebagainya yang perlu diambil tahu dan dimainkan peranan dengan lebih bertanggungjawab dan berkesan oleh semua pendidik di sekolah ini.
Yang pipih bukan datang melayang, yang bulat bukan datang bergolek. Oleh itu, kita haruslah berterusan berusaha untuk mencapai dan menggapai tujuan dan matlamat yang diimpikan.
Tahniah kepada semua guru SKKT atas pencapaian terbaik keputusan UPSR 2012 dengan memperolehi 46 calon mendapat 5A dengan GPS 2.21.
HAJI YUSOF BIN MUHAMMAD
Friday, June 8, 2012
SAMBUTAN HARI GURU 2012
Seperti tahun-tahun yang lepas, Hari Guru disambut dengan meriah sekali di Sk. Kampong Tengah. Acara dimulakan dengan perhimpunan pagi dan ucapan-ucapan. Seterusnya solat hajat dan sunat dhuha di surau sekolah yang melibatkan semua guru.
Acara seterusnya ialah perlawanan bola sepak antara murid-murid wakil sekolah dan guru-guru. Pada jam 11 pagi diadakan persembahan pentas. Pada tahun ini persembahan agak meriah kerana YDP PIBG turut hadir dan wakil dari PIBG pun turut sama membuat persembahan.
Pada petangnya iaitu jam 3 petang pula diadakan jamuan sempena hari guru yang diadakan di Mumbai Cafe di Hotel Primula. Disana juga diadakan jamuan perpisahan kepada guru dan staff yang bertukar. Pada tahun lepas seorang guru iaitu Tuan Haji Hishamuddin Bahari yang bertukar ke Sk. Tanjung Gelam dan ketua kerani Encik Azhar yang bertukar ke Setiu.
Acara seterusnya ialah perlawanan bola sepak antara murid-murid wakil sekolah dan guru-guru. Pada jam 11 pagi diadakan persembahan pentas. Pada tahun ini persembahan agak meriah kerana YDP PIBG turut hadir dan wakil dari PIBG pun turut sama membuat persembahan.
Pada petangnya iaitu jam 3 petang pula diadakan jamuan sempena hari guru yang diadakan di Mumbai Cafe di Hotel Primula. Disana juga diadakan jamuan perpisahan kepada guru dan staff yang bertukar. Pada tahun lepas seorang guru iaitu Tuan Haji Hishamuddin Bahari yang bertukar ke Sk. Tanjung Gelam dan ketua kerani Encik Azhar yang bertukar ke Setiu.
Subscribe to:
Posts (Atom)










































